SiguKimia on Facebook

Thursday, September 16, 2010

UMS Konvokesyen 9-11 Oktober 2010 Yeah!!!

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN
2.1   Tarikh Majlis Konvokesyen
2.1.1     Majlis Konvokesyen UMS Ke-12 akan diadakan di Dewan Canselor,  Universiti Malaysia Sabah pada :
Tarikh  :  09, 10 dan 11 Oktober 2010
Hari     :  Sabtu, Ahad dan Isnin

2.1.2     Graduan boleh menyemak dari masa ke semasa mengenai sebarang maklumat Majlis Konvokesyen melalui laman web http://bpa.ums.edu.my
           
2.2   Yuran Konvokesyen

2.2.1     Graduan sama ada yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen atau tidak, wajib membayar yuran konvokesyen mengikut kadarRM150.00.

2.2.2      Graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen, boleh membayar yuran konvokesyen pada bila-bila masa (waktu bekerja) diKaunter Pelanggan Bendahari, Aras 4, Blok Utara Bangunan Canselori. Walaubagaimanapun, Skrol/Transkrip graduan hanya dikeluarkan selepas tarikh konvokesyen dan segala yuran termasuk yuran graduan dan hutang tertunggak (jika ada) perlu dijelaskan.

2.2.3       Hutang pelajar boleh disemak melalui Sistem Penyelarasan Hutang dalam  web http://myhutang.ums.edu.my/default.aspx

2.3    Kad Jemputan Dan Pelekat Kenderaan
     
2.3.1     Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan untuk 4 orang tetamu bagi menghadiri Majlis Konvokesyen di Dewan Canselor. Kad jemputan tetamu akan diberikan semasa pendaftaran pengambilan jubah. Para tetamu yang tidak membawa kad jemputan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

2.3.2      Pelekat kenderaan akan diberikan semasa pendaftaran pinjaman jubah.   Pelekat ini hendaklah dilekatkan di cermin hadapan kenderaan bagi tuan/puan yang menggunakan kenderaan sendiri.

2.3.3      Pihak Universiti tidak bertanggungjawab di atas kehilangan kad jemputan  yang telah diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti.
           
2.4   Tarikh Taklimat Dan Raptai
                 
2.4.1      Sesi taklimat dan raptai konvokesyen akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh      :   07 Oktober 2010 (Khamis)
Masa       :   2.30 Petang
Tempat    :   Dewan Canselor

2.5   Pakaian Dan Rupadiri

2.5.1         Semua graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen dikehendaki berpakaian seperti berikut :  

a)   Lelaki :

i.         Lounge Suit berwarna gelap.
ii.        Kemeja lengan panjang berwarna terang.
iii.       Untuk keseragaman, graduan DIWAJIBKAN memakai tali leher.
iv.      Kasut berwarna gelap (kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan)
v.       Rambut lelaki hendaklah pendek dan kemas, tidak menjejaki kolar baju.

b)   Perempuan :
                                      
i.   Pakaian labuh hingga buku lali/Skirt labuh, Baju/Blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher.
ii.    Baju kurung (Warna bebas).
iii.   Jika memakai skirt, hendaklah melepasi paras lutut dan baju berlengan panjang.
iv.  Kasut berwarna gelap (kasut sukan/selipar/sandal dan kasut yang berwarna terang (striking) tidak dibenarkan). Elakkan memakai kasut bertumit tinggi dan mempunyai tapak yang licin.
v.    Kenipisan dan reka bentuk pakaian hendaklah tidak menjolok mata.


2.5.2     Sila ambil perhatian, Majlis Konvokesyen adalah majlis rasmi. Graduan dinasihatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti yang dinyatakan di atas.


PARA GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN RUPADIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK JAWATANKUASA PETUGAS KHAS / URUSETIA KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN.

    
2.6   Peraturan Dan Kod Berpakaian Bagi Tetamu Graduan

2.6.1     Ibubapa/tetamu (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) diminta berpakaian rasmi seperti berikut :

a)       Pakaian Tetamu Lelaki

i.     Kebangsaan atau
ii.    Batik atau
iii.   Lounge Suit atau
iv.    Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans, seluar pendek dan kemeja-T tidak dibenarkan).

b)      Pakaian Tetamu Wanita
                 
i.     Kebangsaan atau
ii.     Pakaian Rasmi atau pakaian sopan (Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blause’ tanpa lengan, kemeja-T, seluar jeans dan seluar pendek adalah tidak dibenarkan).

2.6.2      Tetamu graduan boleh memasuki Dewan Canselor melalui pintu-pintu yang telah ditetapkan oleh pegawai petugas.

2.7   Peraturan Lalulintas Dan Tempat Letak Kereta Graduan

2.7.1     Laluan Masuk Kenderaan Graduan dan Tetamu Ke Dalam Kampus
             Laluan masuk ke dalam kampus UMS bagi graduan dan ibubapa adalah melalui pintu masuk utama.


2.7.2     Tempat Letak Kereta Graduan, Ibubapa/tetamu Graduan
                  Semua kenderaan graduan, ibubapa/tetamu graduan ditempatkan di tempat letak kereta SKTM atau sekitarnya yang ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan UMS. Sila ikut arahan daripada pengawal keselamatan yang bertugas bagi melicinkan urusan letak kereta tuan/puan.

2.8   Gambar Konvokesyen

2.8.1     Para graduan tidak dibenarkan mengambil gambar atau menyuruh orang lain berbuat demikian semasa majlis berlangsung di dalam dewan. Semua pengambilan gambar semasa Majlis Konvokesyen akan diuruskan oleh jurugambar yang dilantik oleh UMS.

2.9   Masalah Kesihatan (Graduan Kurang Upaya/Mengandung)

2.9.1     Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan yang ketara dan bermasalah untuk beratur dan berjalan dalam perbarisan memasuki dewan seperti tidak boleh berjalan, graduan perempuan yang mengandung, perempuan yang baru lepas bersalin atau memakai kerusi roda, sila lapor kepada pegawai bertugas (marshall) mengatur perbarisan graduan bertempat di Lobi Aras 1, Dewan Canselor.

2.10   Kemudahan Lain – Surau

2.10.1   Kemudahan surau disediakan di Bangunan Dewan Canselor bersebelahan Pejabat Pusat Kokurikulum dan Aras 1, Bangunan Anjung Siswa (Hal Ehwal Pelajar), bersebelahan dengan Bangunan Dewan Canselor.

2.11   Disiplin Majlis
        
 2.11.1     Setiap graduan dan tetamu tidak dibenarkan melakukan perkara berikut semasa di dalam Dewan.

                     a)   Menggunakan telefon bimbit sewaktu dalam Dewan
                     b)   Membawa bunga dan beg tangan sewaktu berarak
                     c)   Mengambil gambar di hadapan pentas
                     d)   Membawa makanan dan minuman ke dalam Dewan
                     e)   Membuat bising

SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN
1.0 CARA PEMBAYARAN YURAN KONVOKESYEN
Pembayaran yuran Konvokesyen boleh dibuat dengan 4 cara iaitu:-
      
a)         Di kaunter Bendahari Aras 4, Blok Utara Bangunan Canselori UMS sebelum atau pada 1 Oktober 2010. Kaunter dibuka pada:
8.30 Pagi  Hingga 12.30 Tengahari
2.00 Petang Hingga 4.00 Petang
      
b)         Di Kaunter Bendahari Aras  2, Dewan Canselor UMS pada 4-8 Oktober 2010 (Semasa sesi pengambilan jubah). Kaunter dibuka pada :
8.30 Pagi Hingga 12.30 Tengahari
2.00 Petang Hingga 4.00 Petang
c)         Membayar terus ke akaun UMS melalui Maybank2u atau mana-mana cawangan bank MAYBANK (No. Akaun:5100 1302 2413) sebelum atau pada 03 Oktober 2010  dan simpan 2 salinan tersebut bagi tujuan:-
i.  Simpanan Graduan
ii. Salinan untuk Universiti bagi tujuan rujukan semasa pengambilan jubah.

2.0 CARA PEMINJAMAN JUBAH AKADEMIK
a)         Pelajar yang telah membuat pembayaran ke dalam akaun UMS, sila serahkan salinan slip bank ke kaunter pengambilan jubah sebagai bukti pembayaran telah dijelaskan.
b)         Bagi pelajar yang belum membuat pembayaran, sila berbuat demikian di Kaunter Bendahari dan kemukan resit rasmi ke kaunter pengambilan jubah.
c)         Para graduan akan dipinjamkan pakaian akademik yang terdiri daripada sehelai jubah,sehelai ‘hood’ mengikut sekolah dan satu ‘mortar board’ (Rujuk di lampiran).
d)         Graduan adalah bertanggungjawab memastikan
i.  Pakaian akademik yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna; dan
ii. ‘hood’ program pengajian adalah betul iaitu mengikut sekolah
d)         Graduan tidak dibenarkan mengubahsuai mana-mana bahagian pakaian akademik yang dipinjam.
e)         Urusan peminjaman pakaian akademik adalah di Laman Graduan Dewan Canselor, Aras 1 pada tarikh dan masa seperti berikut :
Tarikh     :   04 Oktober – 07 Oktober 2010  (Laman Graduan Dewan Canselori)
Masa      :   8.30 pagi – 5.00 petang   
Tarikh     :   08 Oktober – 11 Oktober 2009 (Bilik Sijil Muzik, Aras bawah Dewan Canselor)
Masa       :   8.30 pagi – 5.00 petang 

 
3.0 BORANG PENGESANAN GRADUAN " TRACER STUDY"
Semua graduan WAJIB melengkapkan maklumat Kajian Pengesanan Graduat IPTA yang boleh dicapai melalui laman web UMS. Sila isi borang soal selidik dengan lengkap dan hantar semula borang secara ‘online’ kepada pihak UMS. Tuan/Puan adalah dikehendaki membawa cetakan slip pengesahan kajian yang telah dilengkapi semasa mengambil jubah.
         
 4.0 PAKEJ KONVOKESYEN
Setelah selesai semua perkara di atas, pastikan beg yang diterima oleh graduan lengkap berisi:
a) Satu Jubah Konvokesyen.
b) Satu Hood (mengikut program).
c)  Satu Mortar Board.
d) Satu Kad Jemputan (mengikut sidang).
e)  Satu Pelekat Kereta.

Nota: Sila pastikan bakal graduan mendapat pakej yang lengkap seperti di atas

5.0 CARTA ALIR DAN PROSES KERJA PENGAMBILAN JUBAH

Sila rujuk maklumat berikut bagi tujuan proses sebelum pengambilan jubah akademik

a)         Carta Alir Proses - sila klik untuk rujukan panduan

b)         Proses Kerja  - sila klik untuk rujukan panduan

PANDUAN SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN
1.0 PEMULANGAN JUBAH AKADEMIK
Jubah graduan, mortar board dan hood MESTILAH diserahkan kembali di :    
TEMPAT            :           Bilik Seminar HEP di Aras 1 Bangunan Anjung Siswa
TARIKH           :           9 hingga 15 Oktober 2010
MASA                :           9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat pemulangan jubah selepas tarikh di atas :
TEMPAT            :           Pejabat Akademik (Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori )
TARIKH             :           18 Oktober 2009 hingga dipulangkan
MASA                :           8.30 pagi hingga 4.30 petang

2.0 PENGAMBILAN SKROL & TRANSKRIP PELAJAR
2.1 Graduan boleh mengambil skrol/transkrip ijazah masing-masing sebaik sahaja sesi Konvokesyen selesai tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan seperti di bawah : 
i.  Menunjukkan resit bayaran konvokesyen.
ii.  Pakaian akademik telah diserahkan kembali dengan lengkap dan menunjukkan slip peminjaman dan pemulangan jubah.
iii. Tiada sebarang bentuk hutang kepada Universiti.

2.2 Mengambil skrol bagi pihak adalah tidak digalakkan demi keselamatan skrol.
Jika perlu dalam keadaan tertentu pengambilan skrol bagi pihak sebaiknya hendaklah ditugaskan kepada saudara mara yang terdekat. Wakil graduan hendaklah membawa bersama surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon, kad pelajar asal dan salinan kad pengenalan pemohon.
Menjadi tanggungjawab pemohon sendiri untuk memastikan butir-butir yang dikemukakan  dalam surat kuasa adalah sama seperti dalam kad pengenalan dan kad pelajar.Skrol tidak akan dikeluarkan sekiranya butir-butir yang dikehendaki tidak lengkap. Seorang wakil hanya boleh mengambil skrol bagi pihak (tidak lebih dari dua orang graduan). 

2.3  Kesilapan maklumat di dalam ijazah dan transkrip akademik
            Sebaik sahaja menerima skrol dan transkrip akademik, setiap graduan perlu menyemaknya
           dengan teliti untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat 
           di dalam skrol atau transkrip akademik, ianya boleh diganti baru dengan syarat kesilapan
           itu adalah berpunca dari Universiti Malaysia Sabah dan dilaporkan secara bertulis dengan segera
           kepada pejabat Sekyen Pengijazahan & Konvokesyen , Universiti Malaysia Sabah.

   
    2.4 Penahanan skrol & transkrip

          Para graduan yang masih berhutang dengan pihak Universiti Malaysia Sabah  atau belum
          memulangkan buku Perpustakaan atau saman/denda lalulintas atau barang-barang lain yang
          dipinjam dari mana-mana  Bahagian di Universiti Malaysia Sabah diingatkan supaya
          menyelesaikan urusan  dengan bahagian berkenaan. Sekiranya bayaran atau penyerahan telah
          dibuat, sila bawa resit bayaran atau bukti serahan apabila menuntut skrol Ijazah atau transkrip. 

          Kegagalan berbuat demikian menyebabkan skrol Ijazah atau transkrip akan ditahan.

        2.5 Kehilangan skrol ijazah

          
Polisi Unversiti Malaysia Sabah telah menetapkan bahawa Ijazah /skrol cuma dikeluarkan
          sekali sahaja kepada graduan dan tidak lagi dikeluarkan untuk menggantikan yang hilang
          atau rosak.Oleh itu, para graduan dinasihatkan menyimpannya dengan baik dan selamat.
          Juga dinasihatkan supaya membuat salinan yang mencukupi. Sekiranya Ijazah/skrol hilang
          dan rosak, pihak kami hanya akan mengeluarkan surat pengesahan penamatan dari program pengajian
3.0 MAKLUMAT PEMBELIAN JUBAH DAN DENDA
        3.1 Jubah perlu dipulangkan semula selewat-lewatnya pada 22 Oktober 2010 dan DENDA sebanyak RM10.00 seminggu akan            dikenakan oleh pihak Universiti jika graduan lewat memulangkan jubah.

        3.2 
Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan kehilangan
              jubah.

        3.3 Jika jubah hilang atau rosak, denda akan dikenakan mengikut harga kategori jubah dan pihak
             universiti tidak akan mengeluarkan skrol dan transkrip akademik sehingga semua bayaran telah
             dijelaskan.

        
3.4 Bagi graduan yang berminat, pakaian akademik juga boleh dibeli pada  kadar harga seperti berikut :



KATEGORI JUBAH


:

HARGA

Ijazah Pertama


:

RM350

Ijazah Lanjutan (Sarjana)


:

RM600

Ijazah Lanjutan (PhD)


:

RM900














 * Harga pembelian Jubah adalah tidak termasuk yuran Konvokesyen sebanyak 
RM150.
 4.0 TARIKH-TARIKH PENTING

  
TARIKH


PERKARA

TEMPAT

04 hingga 07 Oktober  2010

08 hingga 11 Oktober 2010

Peminjaman pakaian akademik bagi graduan


Laman Graduan Aras 1, Dewan Canselor, UMS

Bilik Sijil Muzik, Aras Bawah, Dewan Canselor

08 Oktober 2010

Taklimat dan Raptai Konvokesyen


Dewan Canselor

09, 10 dan 11 Oktober 2010


Majlis Konvokesyen
(Graduan berkumpul di Laman Graduan Aras 1, Dewan Canselor mengikut sesi dan masa yang telah ditetapkan)


Dewan Canselor

09 - 15 Oktober 2010

Pemulangan pakaian akademik dan mengambil skrol/transkrip


Bilik Seminar, Anjung Siswa, Aras 1 Bangunan HEP


18 Oktober 2010


Pemulangan pakaian akademik dan mengambil skrol/transkrip


Bahagian Perkhidmatan Akademik, Aras 2, Bangunan Pentadbiran, UMS

Mulai
22 Oktober 2010

Pemulangan pakaian akademik dan mengambil skrol/transkrip. Denda akan dikenakan kepada graduan yang lambat memulangkan pakaian akademik.


Bahagian Perkhidmatan Akademik, Aras 2, Bangunan Pentadbiran, UMS






|:| Gary Gele | Template by Po'kook. Powered by Blogger |:|